Kerjaya politik Husein Ahmad

Beliau mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1969. Beliau menjadi ADUN Rantau Panjang pada 1969 hingga 1974 dan ADUN Gual Periok pada 1974 hingga 1982. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 1978-1982. Pada 1985, beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990).[1] Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dari 1990 hingga 2003.[2][3]

Beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia paling lama berkhidmat iaitu sejak 1982 hingga 1999.[1]